STATISTIK

Aduan

Pendahuluan

Aduan adalah pernyataan perasaan tidak puas hati pelanggan/ orang ramai terhadap tindakan, dasar/ polisi, amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh Ibu Pejabat KKM (IPKKM), Jabatan serta Institusi di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undangundang dan/ atau peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.

Majlis Optik Malaysia menguruskan 2 jenis aduan iaitu:

1. Aduan terhadap perkhidmatan sekretariat Majlis Optik Malaysia
2. Aduan terhadap juruoptik dan optometris berdaftar

Panduan

Majlis Optik Malaysia telah menyediakan beberapa garis panduan untuk rujukan pengguna:

     1. Garis Panduan Untuk Membuat Aduan Kepada Majlis Optik Malaysia
     2. Garis Panduan Penjualan Alat Optik dan Kanta Lekap Secara Dalam Talian
     3. Garis Panduan Perkhidmatan Optometri Mudah Alih
     4. Garis Panduan Perkhidmatan Komuniti Optometri (Anjuran Badan Bukan Kerajan (NGO) dan Pengamal Optometri Swasta

Sebarang pertanyaan berkenaan Aduan, boleh hubungi:

Sektor Etika & Akta
Majlis Optik Malaysia
0388831393
eaduan.moc@moh.gov.my