SOALAN LAZIM

Soalan Lazim

  1. Adakah Pembayaran Perakuan Pengamalan Tahunan Juruoptik/Optometris boleh dibuat secara tunai atau menggunakan cek persendirian
    ➤ Pembayaran secara tunai atau menggunakan cek persendirian tidak diterima. Bayaran hanya boleh dikemukakan dalam bentuk money order atau bank draft sahaja.
  1. Saya baru menamatkan pengajian dalam bidang optometri daripada IPTA/IPTS yang diiktiraf. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan borang permohonan pendaftaran penuh Juruoptik/Optometris?
    ➤ Sila muat turun borang disini.
  1. Sijil Pendaftaran Juruoptik/Optometris saya telah hilang di dalam simpanan. Bolehkah saya mendapatkan salinan sijil semula dan berapakah bayaran yang dikenakan?
    ➤ Tuan/puan perlu membuat laporan polis berkenaan kehilangan sijil tersebut. Salinan Laporan polis berserta surat makluman kehilangan sijil tersebut perlu dikemukakan kepada Majlis Optik Malaysia sebagai bukti bagi membolehkan salinan sijil tuan/puan dikeluarkan. Buat masa ini, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi mendapatkan salinan sijil tersebut.
  1. Saya ingin bersara/menamatkan perkhidmatan sebagai juruoptik/optometris berdaftar.Apakah prosedur yang perlu saya lakukan?
    ➤Tuan/puan dikehendaki membuat surat pemakluman dan memulangkan semula Sijil Pendaftaran Juruoptik/Optometris tuan kepada Majlis Optik Malaysia dengan segera. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Optik 1991 jika tidak memulangkan semula sijil Pendaftaran Juruoptik/Optometris ’ASAL’ kepada Majlis Optik Malaysia.

  1. Adakah saya masih perlu memohon APC jika saya menyambung pelajaran atau tidak mengamalkan optometri buat sementara waktu?
    ➤Tuan/puan dikehendaki membuat surat pemakluman dan kemukakan dokumen sokongan (sekiranya ada) kepada Majlis Optik Malaysia.
    Bayaran permohonan APC akan dipertimbangkan mengikut kes dan situasi tuan/puan.