PQA

Professional Qualifying Assessment (PQA)

Pendahuluan

Menurut Akta Optik 1991, seseorang yang ingin mengamalkan amalan optometri di Malaysia hendaklah berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia. Sesorang itu layak berdaftar, sekiranya ia memiliki ijazah sarjana muda optometri yang diiktiraf seperti yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Optik
Akta 1991.

Walaubagaimanapun, menurut seksyen 42(2)(e) Akta Optik 1991, jika seseorang itu memiliki ijazah sarjana muda optometri yang
tidak diiktiraf untuk pendaftaran, ia perlu menduduki dan lulus Penilaian Kelayakan Profesional (PQA) sebelum boleh didaftarkan.

PQA diperkenalkan mulai Januari 2018 oleh Majlis Optik Malaysia. Pemohon yang berjaya melengkapkan Latihan Sangkutan Klinikal (optometris sahaja) dan lulus PQA akan didaftarkan di bawah Seksyen 19 (2), Akta Optik 1991 bagi optometris atau di bawah seksyen 18(2), Akta Optik 1991 bagi juruoptik.

Panduan

Majlis Optik Malaysia telah menyediakan garis panduan untuk rujukan pemohon:

      • Buku Panduan Penilaian Kelayakan Professional (PQA) Optometris

      • Buku Panduan Penilaian Kelayakan Professional (PQA) Juruoptik

Sebarang pertanyaan berkenaan PQA, boleh hubungi:

Unit Pendaftaran
Sektor Pendaftaran
Majlis Optik Malaysia
0388831394
reg.moc01@gmail.com