Fungsi
Unit Pengiktirafan :
❖ Menetapkan standard pengiktirafan dengan menghasilkan garis panduan kelulusan dan
akreditasi program optometri dan opticianri di Institusi Pengajian Tinggi.
❖ Melatih panel penilai dengan bantuan MQA.
❖ Memberi kelulusan dan pengiktirafan kepada institusi yang ingin menawarkan program
optometri dan opticianri.
❖ Menjalankankan pemantauan kepatuhan ke atas institusi yang menawarkan program
optometri dan opticianri.
❖ Memperakukan kelayakan yang dikeluarkan oleh institusi supaya pendaftaran graduan
boleh dilakukan.
Unit Pendaftaran :
❖ Mendaftarkan individu yang bertauliah melalui pendaftaran penuh.
❖ Mengeluarkan perakuan amalan tahunan bagi semua pengamal berdaftar.
❖ Mengadakan temuduga Juruoptik sebelum pendaftaran dilakukan.
❖ Mengadakan peperiksaan kanta lekap bagi Juruoptik sebelum mengeluarkan
permit kanta lekap.
❖ Memastikan Penilaian Kelayakan Profesional dijalankan bagi pemohon yang ingin berdaftar
tetapi kelayakn tiada dalam senarai.
❖ Mengemaskini senarai PPT dan kelayakan yang diiktiraf oleh MOC didalam Jadual Pertama
dan Kedua Majlis Optik Malaysia.
❖ Menyelenggara sistem OPTims.
❖ Menyelenggara dan mengemaskini maklumat Majlis Optik Malaysia didalam
laman web KKM.
❖ Menyelenggara dan mengemaskini maklumat di dalam laman facebook MOC.
Unit Etika dan Akta :
❖ Memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada di kuatkuasa dan dipatuhi.
❖ Menjalankan penguatkuasaan survellian ke atas pengamal yang tidak memperbaharui
pendaftaran.
❖ Menerima dan menangani semua aduan berkenaan pengamal dan praktis dari orang awam
dan pengamal sendiri.
❖ Mengkaji semula Akta Optik 1991.
❖ Mengkaji semula Peraturan-peraturan Optik 1994 dan Kod Tataamalan.
❖ Melakukan pindaan ke atas Akta Optik 1991 dan Peraturan-peraturan Optik 1994.
❖ Melakukan pindaan ke atas Kod Tataamalan dan memasukkannya ke dalam
Akta Optik 1991.
Unit Kompetensi :
❖ Menetapkan mata CPD untuk kursus-kursus yang dianjurkan oleh pengamal optometri.
❖ Pemantauan mata CPD tahunan yang dikumpul oleh pengamal optometri.
❖ Memastikan SOP yang sediaada digunapakai oleh semua pengamal optometri .
❖ Memastikan semua pengamal mempunyai kompetensi yang tinggi.
Unit Pentadbiran & kewangan :
❖ Menguruskan semua kursus/bengkel yang dianjurkan oleh MOC.
❖ Menguruskan latihan anggota MOC.
❖ Menguruskan urusan berkaitan hasil MOC.
❖ Menguruskan sistem pemfailan dan urusan surat- menyurat MOC.
❖ Menyelenggara laman web rasmi dan laman sosial MOC.