CPD

Continuing Professional Development (CPD)

Continuing Professional Developemen (CPD) merupakan satu
program yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang
masing-masing. Pendekatan ini amat penting kerana bidang perubatan sentiasa
berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para
profesional kesihatan sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan
yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini
kepada masyarakat.
KKM telah membangunkan sistem pemantauan CPD secara online
yang dikenali sebagi sistem myCPD. Sistem ini membolehkan pengamal optometri
dan anggota kesihatan yang lain merekodkan aktiviti CPD mereka dalam buku log
secara dalam talian.
Sistem myCPD telah digunakan oleh KKM sejak tahun 2007 dan
telah ditambahbaik kepada myCPD2.0 sejak tahun 2017. Kini, sistem ini turut
boleh diperluas kepada  pengamal
optometri swasta.
Mata kredit CPD untuk
pembaharuan Perakuan Pengamalan Tahunan (APC)
Walaupun penggunaan mata kredit CPD untuk pembaharuan Perakuan
Pengamalan Tahunan (APC) pengamal optometri masih belum dikuatkuasakan buat
masa ini, Majlis Optik Malaysia tetap menggalakkan semua pengamal optometri
berdaftar untuk berdaftar sebagai pengguna dalam sistem myCPD2.0 untuk merekod
semua aktiviti CPD dalam logbook mycpd, bagi memastikan pengamal optometri di
Malaysia sentiasa kompeten dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti dan selamat kepada rakyat,
CPD Credit point
System for Optometrist/Optician
Tuntutan mata CPD untuk pengamal optometri adalah
berdasarkan templat mata kredit CPD untuk optometrist dan juruoptik yang telah
disediakan oleh Majlis Optik Malaysia .
SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN
CPD BOLEH HUBUNGI:
 
Unit Kompetensi
Majlis Optik Malaysia
0388831393
mycpd.moc@moh.gov.my
Buku Panduan Continuing Professional Development (CPD)
     ►   Muat tun PDF
CPD Credit Point System for Optometrist/Optician
     ►   Muat turun PDF