Audit Surveilans

Audit Surveilans Optik

Pendahuluan

Audit Surveilan Optik (ASO) adalah audit yang dijalankan ke atas premis-premis optikal secara berfasa mengikut negeri di seluruh Malaysia. Tujuannya adalah untuk menilai tahap pematuhan juruoptik dan optometris berdaftar serta premis optikal terhadap Akta Optik 1991, Peraturan-Peraturan Optik 1994 dan Kod Tataamalan Juruoptik dan Optometris.

Objektif

   a. Memastikan setiap premis optikal mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1 orang) pengamal                     berdaftar yang menjalankan pemeriksaan mata.

     b. Menyemak samada setiap pengamal berdaftar yang bertugas di premis tersebut mempunyai Sijil                     Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) tahun semasa.

     c. Memastikan Sijil APC dipamerkan di ruang yang mudah dilihat oleh pelanggan.

     d. Memastikan Sijil Kebenaran Mempreskripsi dan Mendispens Kanta Lekap bagi Juruoptik Berdaftar                   dipamerkan di ruang yang mudah dilihat oleh pelanggan.

Sebarang pertanyaan berkenaan Audit, boleh hubungi:

Sektor Etika & Akta
Majlis Optik Malaysia
0388831393
eaduan.moc@moh.gov.my