APEL C BM

Garis Panduan APEL (C)

Pendahuluan

Pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu bagi tujuan penganugerahan kredit [APEL (C)] Majlis Optik Malaysia (MOC) adalah satu proses penilaian pembelajaran (tidak formal & bukan formal) Juruoptik Berdaftar berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan & kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit sebanyak 42 jam kredit bagi 16 kursus yang telah dikenalpasti dalam program Optometri.

Penilaian ini hanya terbuka  kepada Juruoptik Berdaftar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program Optometri (Accelerated) di mana-mana institusi pendidikan tinggi (IPT) yang menawarkan program tersebut. Penekanan penilaian diberi kepada konsep utama APEL (C) iaitu menilai ke atas kebolehan Juruoptik Berdaftar untuk menggunakan pembelajaran (tidak formal & bukan formal) yang dicapai melalui pengalamannya mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.

Penilaian APEL (C) MOC adalah salah satu pra-syarat yang perlu dilalui oleh  Juruoptik Berdaftar serta beberapa syarat lain yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) untuk kemasukan ke program Optometri (Accelerated).

# Pembelajaran tidak formal – pembelajaran yang diperolehi daripada pengalaman dalam pekerjaan sebagai Juruoptik Berdaftar

#  Pembelajaran bukan formal – pembelajaran yang diperolehi di luar pendidikan  formal seperti menghadiri kursus-kursus pendek, latihan, lawatan sambil belajar dan lain-lain.

Panduan

Majlis Optik Malaysia telah menyediakan garis panduan untuk rujukan pemohon: 

Garis Panduan Permohonan APEL (C) Majlis Optik Malaysia

 • APEL (C) Candidate Handbook
 

Sebarang pertanyaan berkenaan APEL (C), boleh hubungi:

Sektor Pengiktirafan, Operasi & Kewangan
Majlis Optik Malaysia
0388831281
apelc.mom@gmail.com