PQA

Professional Qualifying Assessment (PQA)

PQA (Professional Qualifying Assessment) telah mula diperkenalkan bermula Januari 2018 oleh Majlis Optik Malaysia. PQA bertujuan bagi menilai mana-mana permohonan pendaftaran sebagai optometris dengan mewajibkan pemohon menjalankan latihan klinikal sangkutan di mana-mana institusi pengajian yang menjalankan program optometri yang diiktiraf oleh MOC dan seterusnya menduduki PQA bagi dua kumpulan pemohon di bawah :

  1.  Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dalam bidang optometri ( minima program 3 tahun) tetapi kelayakan itu tidak tersenarai Jadual Kedua Akta Optik 1991 (List of registrable Qualification for Optometrists).
  2. Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Optik 1991 ( List of Registrable Qualification for Optometrists) tetapi tempoh pengajian optometri yang dijalaninya hanya tiga (3) tahun.

Pemohon yang berjaya menamatkan latihan klinikal sangkutan dan lulus PQA akan didaftarkan dibawah Seksyen 19(2) Akta Optik 1991.

Pemohon boleh memuat turun Borang Permohonan, Buku Panduan, Borang Permohonan berkaitan Latihan Klinikal Sangkutan serta PQA di http://moc.moh.gov.my/borang-borang/

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN UNTUK LATIHAN KLINIKAL SANGKUTAN

BIL.

NAMA INSTITUSI

ALAMAT

1.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Jalan Sultan Ahmad Shah Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan, PAHANG 

2.

Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam

Pusat Pengajian Optometri Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam 42300 Bandar Puncak Alam, SELANGOR

3.

Universiti Kebangsaan Malaysia

Program Optometri Dan Sains Penglihatan Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 KUALA LUMPUR

4.

Universiti SEGi

Fakulti Optometri dan Sains Penglihatan Universiti SEGi No.9, Jalan Teknologi, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, SELANGOR

5.

Management & Science University (MSU)

Faculty Of Health And Life Sciences Management & Science University University Drive, Seksyen 1340100 Shah Alam,SELANGOR