FUNCTION

Function

Unit Pengiktirafan :
  ❖ Menetapkan standard pengiktirafan dengan menghasilkan garis panduan kelulusan dan
      akreditasi program optometri dan opticianri di Institusi Pengajian Tinggi.
  ❖ Melatih panel penilai dengan bantuan MQA.
  ❖ Memberi kelulusan dan pengiktirafan kepada institusi yang ingin menawarkan program
      optometri dan opticianri.
  ❖ Menjalankankan pemantauan kepatuhan ke atas institusi yang menawarkan program
      optometri dan opticianri.
  ❖ Memperakukan kelayakan yang dikeluarkan oleh institusi supaya pendaftaran graduan
      boleh dilakukan.

Unit Pendaftaran :
  ❖ Mendaftarkan individu yang bertauliah melalui pendaftaran penuh.
  ❖ Mengeluarkan perakuan amalan tahunan bagi semua pengamal berdaftar.
  ❖ Mengadakan temuduga Juruoptik sebelum pendaftaran dilakukan.
  ❖ Mengadakan peperiksaan kanta lekap bagi Juruoptik sebelum mengeluarkan
      permit kanta lekap.
  ❖ Memastikan Penilaian Kelayakan Profesional dijalankan bagi pemohon yang ingin berdaftar
      tetapi kelayakn tiada dalam senarai.
  ❖ Mengemaskini senarai PPT dan kelayakan yang diiktiraf oleh MOC didalam Jadual Pertama
      dan Kedua Majlis Optik Malaysia.
  ❖ Menyelenggara sistem OPTims.
  ❖ Menyelenggara dan mengemaskini maklumat Majlis Optik Malaysia didalam
      laman web KKM.
  ❖ Menyelenggara dan mengemaskini maklumat di dalam laman facebook MOC.

Unit Etika dan Akta :
  ❖ Memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada di kuatkuasa dan dipatuhi.
  ❖ Menjalankan penguatkuasaan survellian ke atas pengamal yang tidak memperbaharui
      pendaftaran.
  ❖ Menerima dan menangani semua aduan berkenaan pengamal dan praktis dari orang awam
      dan pengamal sendiri.
  ❖ Mengkaji semula Akta Optik 1991.
  ❖ Mengkaji semula Peraturan-peraturan Optik 1994 dan Kod Tataamalan.
  ❖ Melakukan pindaan ke atas Akta Optik 1991 dan Peraturan-peraturan Optik 1994.
  ❖ Melakukan pindaan ke atas Kod Tataamalan dan memasukkannya ke dalam
      Akta Optik 1991.

Unit Kompetensi :
  ❖ Menetapkan mata CPD untuk kursus-kursus yang dianjurkan oleh pengamal optometri.
  ❖ Pemantauan mata CPD tahunan yang dikumpul oleh pengamal optometri.
  ❖ Memastikan SOP yang sediaada digunapakai oleh semua pengamal optometri .
  ❖ Memastikan semua pengamal mempunyai kompetensi yang tinggi.
  ❖ Menaiktaraf profesyen juruoptik kepada optometris dengan mengadakan
      accelerated course.
  ❖ Mengiktiraf kepakaran Optometris yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dengan
      mewujudkan National Specialist Registry for Optometrist.

Unit Pentadbiran & kewangan :
  ❖ Memantau kad perakam waktu semua anggota.
  ❖ Mengurus cuti semua anggota.
  ❖ Memantau latihan yang diperlukan oleh semua anggota.
  ❖ Menguruskan semua kursus/bengkel yang dianjurkan oleh MOC.
  ❖ Menyelaras dan menjalankan semua aktiviti kualiti seperti ISO, Maklumbalas pelanggan,
  ❖ EKSA, Objektif Kualiti, Piagam Pelanggan dan lain-lain lagi.
  ❖ Menguruskan fail-fail dalam sistem DDMS dan semua fail fizikal di dalam jabatan.
  ❖ Menyelia sistem e-Terimaan dan resit manual bagi semua pembayaran di
      Majlis Optik Malaysia.
  ❖ Menyediakan laporan kutipan hasil bulanan ke Pegawai Akauntan, UPK, Program Perubatan.
  ❖ Menyemak dan menguruskan tuntutan perjalanan Ahli Majlis Optik Malaysia,
      AJK Teknikal MOC dan anggota MOC.
  ❖ Menguruskan tempahan makanan dan minuman bagi setiap mersyuarat dari pembekal dan
      menyediakan nota minta untuk pengeluaran pesanan tempatan dari UPK.
  ❖ Menghantar serahan hasil kutipan dan dokumen berkaitan ke Pemungut Hasil Utama
      setiap hari.
  ❖ Menguruskan dan menyediakan dokumen permohonan pengambilan PSH dan
      dokumen perlanjutan PSH.
  ❖ Menyediakan penyata gaji PSH setiap bulan.
  ❖ Menguruskan urusan surat menyurat di dalam jabatan.