CPD

Continuing Professional Development (CPD)

Continuing Professional Developemen (CPD) merupakan satu program yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang masing-masing. Pendekatan ini amat penting kerana bidang perubatan sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para profesional kesihatan sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini kepada masyarakat.

KKM telah membangunkan sistem pemantauan CPD secara online yang dikenali sebagi sistem myCPD. Sistem ini membolehkan pengamal optometri dan anggota kesihatan yang lain merekodkan aktiviti CPD mereka dalam buku log secara dalam talian.

Sistem myCPD telah digunakan oleh KKM sejak tahun 2007 dan telah ditambahbaik kepada myCPD2.0 sejak tahun 2017. Kini, sistem ini turut boleh diperluas kepada  pengamal optometri swasta.

Mata kredit CPD untuk pembaharuan Perakuan Pengamalan Tahunan (APC)

Walaupun penggunaan mata kredit CPD untuk pembaharuan Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) pengamal optometri masih belum dikuatkuasakan buat masa ini, Majlis Optik Malaysia tetap menggalakkan semua pengamal optometri berdaftar untuk berdaftar sebagai pengguna dalam sistem myCPD2.0 untuk merekod semua aktiviti CPD dalam logbook mycpd, bagi memastikan pengamal optometri di Malaysia sentiasa kompeten dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan selamat kepada rakyat,

CPD Credit point System for Optometrist/Optician

Tuntutan mata CPD untuk pengamal optometri adalah berdasarkan templat mata kredit CPD untuk optometrist dan juruoptik yang telah disediakan oleh Majlis Optik Malaysia .

PANDUAN DAN TATACARA

Majlis Optik Malaysia telah menyediakan beberapa garis panduan dan tatacara untuk rujukan pengamal optometri sebagai user dan juga untuk penganjur program sebagai provider program/event.

Buku Panduan CPD

Garis Panduan Sistem mycpd2.0 Majlis Optik Malaysia

How to register  user

How to register as provider

How to create event

How to create program

How to upload attendance list

 

More detail guidelines:

Module user

Module provider

 

SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN CPD BOLEH HUBUNGI:


Unit Kompetensi

Majlis Optik Malaysia

0388831393

mycpd.moc@moh.gov.my