Perakuan Pengamalan Tahunan (APC)
Seorang pengamal optometri yang berdaftar dengan MOC boleh mengemukakan permohonannya untuk mendapatkan sijil amalan tahunan menggunakan Borang 8 bagi juruoptik dan Borang 9 bagi optometris yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Optik 1994, membayar yuran yang diperlukan dan kemudiannya akan dikeluarkan dengan Perakuan Pengamalan Tahunan (APC). Pengamal di sektor kerajaan adalah dikecualikan daripada pembayaran.
APC perlu diperbaharui setiap tahun, dan permohonan untuk APC untuk tahun berikutnya mesti sampai ke MOC sebelum 1 Disember tahun semasa. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 50.00 . Permohonan lewat akan dikenakan denda tambahan sebanyak RM25.00 bagi setiap permohonan.
Untuk pembayaran manual:
Kiriman Wang, Wang Pos atau Bank Draf dibuat kepada “Pendaftar Majlis Optik Malaysia”. Semua pengamal hendaklah membuat bayaran untuk memperbaharui APC secara individu/berasingan. Pengamal tidak dibenarkan berkongsi Kiriman Wang/ Wang Pos/ Bank Draf dengan pengamal yang lain. Tunai dan cek peribadi tidak diterima.
Untuk bayaran dalam talian:
Melalui myBayar yang disediakan oleh Portal myGovernment. Butiran http:www.mybayar.gov.my
Pengamal optometri dikehendaki memiliki APC di setiap premis amalan dan dikehendaki untuk mempamerkan APC di setiap premis.
Kod Dan Kadar Bayaran Kutipan Majlis Optik Malaysia
No | Kod | Perkara | Fi |
1. | 71311 | Pendaftaran Optometris | RM 100 |
2. | 71311A | Pendaftaran Juruoptik | RM 100 |
3. | 71311B | Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) Optometris | RM50 |
4. | 71311C | Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) Juruoptik | RM50 |
5. | 71311D | Peperiksaan Amali Kanta Lekap | RM700 |
6. | 71311E | Peperiksaan Teori Kanta Lekap | RM200 |
7. | 76111 | Bayaran Lewat APC Optometris | RM25 |
8. | 76111A | Bayaran Lewat APC Juruoptik | RM25 |